BannerFans.com

Sunday, May 26, 2013

Bilik Untuk Disewa di R&Y Homestay Telah Dibuka

Selain R&Y Homestay yang mampu memuatkan hingga 20 orang dalam satu-satu masa, kami turut mempunyai dua bilik ala chalet untuk disewa bersebelahan rumah berkenaan.
Bilik 1
Bilik 2
Kemudahan yang disediakan termasuklah:

*bilik berhawa dingin dan berkipas
*televisyen
*kerusi dan meja rehat
*tuala mandi
*sejadah
*tikar

Kebanyakan pelanggan kami yang datang bercuti bersama ahli keluarga yang ramai atau rombongan perkahwinan gemar menempah homestay beserta dua bilik berkenaan untuk keselesaan semua ahli. Insyaallah, bilik yang disediakan agak selesa untuk semua.

Harga bilik: RM120 semalam.
(bagaimanapun, untuk keluarga yang menginap dua hari atau lebih, harga boleh dirunding bersama pemilik)

Selain itu, pakej istimewa homestay + 2 bilik turut menanti anda. Sila hubungi Hj Mdh Yusof untuk keterangan lanjut. 

Friday, May 24, 2013

R&Y Homestay di Kampung Sungai Tuang


R& Homestay menawarkan kemudahan penginapan yang SELESA, BERSIH dan MENENANGKAN bagi semua pengunjung yang datang menginap di sini.

Berhadapan dengan laut Selat Melaka, homestay dua bilik termasuk tiga bilik air ini turut menawarkan ruang tamu yang luas, kelengkapan memasak, peti sejuk dan mesin basuh sesuai untuk percutian keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, perayaan mahupun menghantar anak-anak ke pusat pengajian.  

Paling utama, kami hanya menerima pengunjung beragama ISLAM. Selain itu, bagi pelanggan kami yang berkeluarga besar, maksimum 20 orang sahaja dibenarkan menginap di homestay ini. Jika lebih 20 orang, anda dinasihatkan mengambil pakej homestay dan dua bilik chalet yang turut ada disediakan (harga boleh dirunding dengan pemilik). 

Kemudahan lain yang disediakan termasuklah:
* 2 bilik tidur (berhawa dingin beserta tandas)
* Kerusi rehat di ruang tamu 
* Meja Makan
* Cerek elektrik
* Pinggan Mangkuk serta cawan
* Tempat Pembakar Bbq
* Seterika dan papan seterika
* Tilam tambahan
* Sejadah dan Telekung
* Tuala Mandi (terhad untuk 4 helai sahaja)
* Sabun Mandi, sabun basuh pinggan

Jemput melihat bahagian dalaman homestay kami:
Ruang tamu yang selesa - pandangan dalam
Ruang tamu - dari sudut luar
Bilik 1
Bilik 2
Ruang dapur 
Destinasi berhampiran sekitar R&Y Homestay:
1- Pusat Penetasan Penyu Karah, Pengkalan Balak
2- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara
3- RTC Melaka, Kuala Linggi
4- Kompleks Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru.
5- Fort Supai, Kuala Linggi
6- Restoran Terapung Ikan Bakar Fort Supai
7- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
8- Kolej Matrikulasi Londang

Info jarak perjalanan:
7 km dari bandar Masjid Tanah
14km dari Kuala Linggi
22 km dari bandar Alor Gajah
30 km dari Bandaraya Melaka
Bagi mereka yang gemar bermandi-manda dan berkelah, anda boleh menghabiskan masa di Pantai Kampung Sungai Tuang (berhadapan homestay) mahupun berkunjung ke pantai berhampiran iaitu di Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. 

Harga : RM 300 / semalam
(harga boleh dirunding sekiranya pelanggan menginap dua hari atau lebih dengan kadar penjimatan yang berbaloi)
Masa Check In : 2.00 petang
Masa Check Out : 12.00 tengahari

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan sila hubungi :
Hj Mdh Yusof di talian 06-3843997 / 017-6146484 
atau
Azam 017-3425460

nota: sila buat panggilan dan tempahan sebulan lebih awal sebelum tarikh mendaftar masuk.