R& Homestay menawarkan kemudahan penginapan yang SELESA, BERSIH dan MENENANGKAN bagi semua pengunjung yang datang menginap di sini.
Berhadapan dengan laut Selat Melaka, homestay dua bilik termasuk tiga bilik air ini turut menawarkan ruang tamu yang luas, kelengkapan memasak, peti sejuk dan mesin basuh sesuai untuk percutian keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, perayaan mahupun menghantar anak-anak ke pusat pengajian.
Paling utama, kami hanya menerima pengunjung beragama ISLAM. Selain itu, bagi pelanggan kami yang berkeluarga besar, maksimum 20 orang sahaja dibenarkan menginap di homestay ini. Jika lebih 20 orang, anda dinasihatkan mengambil pakej homestay dan dua bilik chalet yang turut ada disediakan (harga boleh dirunding dengan pemilik).
Kemudahan lain yang disediakan termasuklah:
* 2 bilik tidur (berhawa dingin beserta tandas)
* Kerusi rehat di ruang tamu
* Pinggan Mangkuk serta cawan
* Seterika dan papan seterika
* Tuala Mandi (terhad untuk 4 helai sahaja)
* Sabun Mandi, sabun basuh pinggan
Jemput melihat bahagian dalaman homestay kami:
|
Ruang tamu yang selesa - pandangan dalam |
|
Ruang tamu - dari sudut luar |
|
Bilik 1 |
|
Bilik 2 |
|
Ruang dapur |
Destinasi berhampiran sekitar R&Y Homestay:
1- Pusat Penetasan Penyu Karah, Pengkalan Balak
2- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara
3- RTC Melaka, Kuala Linggi
4- Kompleks Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru.
5- Fort Supai, Kuala Linggi
6- Restoran Terapung Ikan Bakar Fort Supai
7- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
8- Kolej Matrikulasi Londang
Info jarak perjalanan:
7 km dari bandar Masjid Tanah
14km dari Kuala Linggi
22 km dari bandar Alor Gajah
30 km dari Bandaraya Melaka
Bagi mereka yang gemar bermandi-manda dan berkelah, anda boleh menghabiskan masa di Pantai Kampung Sungai Tuang (berhadapan homestay) mahupun berkunjung ke pantai berhampiran iaitu di Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara.
Harga : RM 300 / semalam
(harga boleh dirunding sekiranya pelanggan menginap dua hari atau lebih dengan kadar penjimatan yang berbaloi)
Masa Check In : 2.00 petang
Masa Check Out : 12.00 tengahari
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan sila hubungi :
Hj Mdh Yusof di talian 06-3843997 / 017-6146484
atau
Azam 017-3425460
nota: sila buat panggilan dan tempahan sebulan lebih awal sebelum tarikh mendaftar masuk.